Sunday, February 28, 2010

..Tips Praktikum Kaunseling..PerKongsian BerHarga..

Assalamualaikum, kwn2 n tak lupa gak wat peminat setia blog mianasuha...hehehehe prasan lak..ade peminat ke??huhhu..hurmm dh nak masuk 1mac,blog nie plak msih lum ade ap2 entry baru..tp bila sy bukak je blog cikgu effa..hati sy rasa gmbira n syukur sgt2 sbb dlm kesibukan cikgu effa sbg Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling kat SMK Khir Johari beliau masih sempat melayan permintaan sy utk berkongsi pengalaman prktikum beliau dahulu..hurmm debaran makin kuat terasa bila saat2 prktikum hampir dekat..so apa lagi gelabah la..bila buka blog ckgu effa terdetik lak dihati utk minta jasa baik ckgu effa utk kongsikan pglman beliau..alhamdllh permintaan sy tidak dihmpa..dilayan dgn memberikan post yg menarik kat blog beliau..bila baca entry baru kat blog cikgu effa mmg rasa suka n syok sgt2 sbb at least dh dpt gmbaran utk prktikum n wat persiapan.. so takde la nerves sgt...hehehe..thanks cikgu effa..wlpun lum kenal secara realiti hanya kenal di alam maya ttp cikgu effa tetap layan sy dgn baik n ikhlas..mmg nmpk kesungguhan beliau..thanks skali lg..huhu..tak tau nk ckp mcm mn..mmg trima kasih sgt2 la..sbb perkongsian tu amat bermakna bg sy krn itu yg sy cari slama nie..akhirnya tercapai gak hajat tue..hehehe..bahagia.. hurmm tp bila pk kan kengkawan len yg nak prktikum sama n masing2 dok post kat Fb dgn pelbagai situasi n prsaan dorg jadi sy pun mintak izin gan cikgu effa utk copy entry beliau n paste kat blog sy..alhmdlh cikgu effa izinkan..smua nie utk sama2 kita kongsikan pglamn berprktikum cikgu effa dan dpt jdkan pnduan utk kita berpraktikum plak... ok kengkawan..selamat berpraktikumm ni di bwah ini merupakan post dr blog cikgu effa tentang penglamn beliau berprkatikum..jom kita ikuti pengalman cikgu effa n ambil smua itu sbg pnduan kita bersama krn byk perkara yg menarik n memberikan idea pd kita...ok sy ucapkan selamat maju jaya kpd smua kwn2 terutama budak2 kaunseling upsi...smoga berjaya menjadi guru kaunseling yg bitara n insyaAllah jg guru cemerlang utk bidang kaunseling..amin3...



Coretan Daripada Blog Cikgu Effa..Hayati Bersama..Mari kwn2..


"Coaching A New GC" - Satu Perkongsian Pengalaman Berpraktikal


KENANGAN AKU KETIKA BERPRAKTIKAL
SENTIASA KEMAS DAN BERGAYA...HEHE

Atas permintaan seorang mahasiswi UPSI yang akan berpraktikal, di sini aku kongsikan pengalaman aku ketika berpraktikal di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban pada 1.3.1999 hinga 24 Mei 1999. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Anuar dan Dr Ahmad Jazimin yang menjadi guru pembimbingku tika itu.
Bagi pandangan aku, pelajar UPSI harus dan boleh melakukan yang terbaik kerana mereka hanya menumpukan kepada bidang major sahaja iaitu Kaunseling. Berbeza dengan aku, pelajar UPM, yang perlu menjalankan latihan mengajar Bahasa Melayu dan pada masa yang sama melaksanakan praktikal Kaunseling. Pendek kata mengajar dan menjalankan sesi serta program kaunseling. Aku akan kongsikan secara ringkas sahaja dan jika ada yang inginkan penjelasan, bolehlah menghubungi aku. Aku juga gabungkan pengalaman aku berpraktikal dan pengalaman menjadi Guru Pembimbing (apa yang tidak disukai)

Petua 1 : Persediaan jasmani
1. Sentiasa berpakaian kemas. Sebagai GBK, kita perlu sentiasa menarik dan berkeyakinan. Tidak perlu baju yang mahal, yang penting penampilan yang sesuai
2. Jaga kesihatan. Jangan sengaja mengambil cuti (mc) ketika berpraktikal.

Petua 2 : Persediaan Emosi
1. Jangan rasa terlalu takut atau terlalu berani. Kawal emosi. Yakin pada diri.
2. Apabila diarah untuk melakukan sesuatu oleh Guru Pembimbing dan pihak sekolah, jangan melawan dan jangan rasa diri dibuli. Kena rasa bangga diri diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu.
3. Kawal emosi dengan pelajar dan guru. Jangan bergaduh, memarahi pelajar (apatah lagi melempang pelajar) atau jatuh cinta dengan pelajar atau guru.

Petua 3 : Persediaan Rohani
1. Mohon agar Allah mudahkan urusan praktikal
2. Banyakkan solat sunat dan mohon pertolongan

Petua 4 : Persediaan Intelek
1. Dapatkan semua bahan yang berkaitan
2. Lakukan perkogsian pintar dengan rakan berpraktikal dari sekolah lain. Usah bergaduh dengan pasangan praktikal anda. Anda seharusnya saling lengkap-melengkapi.
3. Jangan tunjuk pandai dengan Guru Pembimbing. Bagi idea dengan cara yang berhemah
4. Kreatif. Buat sesuatu yang berbeza. Contoh : Buletin Pelajar Praktikal

Petua 5 : Persediaan sosial
1. Pandai menyesuaikan diri di sekolah. Usah jadi kera sumbang. Ingat, anda akan posting kelak, belajarlah bersosial. Memberi salam, menegur dan beramah mesra dengan guru sekolah, tapi janganlah pula terlebih ramah. Bersederhanalah

Petua am :
1. Apabila pelajar datang untuk membuat temujanji, pastikan semua borang yang berkaitan telah diisi. (Elak pelajar ponteng kelas)
2. Kena ambil seberapa banyak peluang untuk belajar. Jangan malu bertanya.
3. Bereskan latihan ilmiah anda, agar tidak menggangu tumpuan pada praktikal
4.Sentiasa berhubung dengan penyelia. Guru Pembimbing hanya membimbing. Penyelia lebih berkuasa terhadap markah praktikal anda. Usah senyap dan buat tidak ambil peduli dengan Penyelia
5. Jangan curi tulang dalam kiraan jam kredit anda menjalankan sesi. Allah Maha Melihat
6. Libatkan diri dalam semua acara sekolah, jika diperlukan seperti Hari Sukan.
7. Jangan berkira tentang duit, tenaga dan masa. Ini sangat penting. Kalau nak pandai, tolonglah jangan berkira dan sentiasa mengharapkan balasan.
8. Tunjukkan anda seorang yang menyenangkan. Anda membawa imej universiti. Usah buat perangai yang memalukan universiti dan pensyarah yang mendidik anda.
9. Ringan tulang membantu Guru Pembimbing melaksanakan program.
10. Sentiasa kreatif. Bagi saya, menjadi GBK perlu kreatif
11. Rakamkan aktiviti dan penglibatan (dokumentasi sangat penting)
12. Jangan tidak hantar Buku Rekod (Latihan Praktikal) kepada sekolah setiap minggu
13. Jaga etika kerahsiaan pelajar. Jika tidak pasti, rujuk Guru Pembimbing.


get from:-http://effarinazone.blogspot.com/

p/s:- trima kasih yg tidak terhingga buat cikgu effa ats perkongsian yg amat berharga ini..jasamu dikenang cikgu effa.. Semoga Allah jua yg membalas segala kebaikan cikgu atas perkongsian ilmu ini..amin3...



so kengkawan tgu apa lagi..ilmu dh ada depan mata..jd sy menyeru diri sy sendiri n kwn2 juga utk amalkan apa yg dikongsikan oleh cikgu effa. smoga ianya akan dpt membantu kita utk menjalani prktikum dgn jayanya..insyaAllah..setiap kesusahan Pasti akan ada Kesenangan.. hargaiLah kesusahan kerana kesusahan mengajar kita erti kehidupan..

InsyaAllah jumpa lagi lain kali dgn entry yg baru plak..insyaAllah sy akn kongsikan pglaman berada di sek selama 3bulan dgn peminat blog mianasuha...tguuuuuuuuuuu... hehehe.. peace N0 War..hehehe..

0 comments: