Sunday, February 28, 2010

..Tips Praktikum Kaunseling..PerKongsian BerHarga..

Assalamualaikum, kwn2 n tak lupa gak wat peminat setia blog mianasuha...hehehehe prasan lak..ade peminat ke??huhhu..hurmm dh nak masuk 1mac,blog nie plak msih lum ade ap2 entry baru..tp bila sy bukak je blog cikgu effa..hati sy rasa gmbira n syukur sgt2 sbb dlm kesibukan cikgu effa sbg Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling kat SMK Khir Johari beliau masih sempat melayan permintaan sy utk berkongsi pengalaman prktikum beliau dahulu..hurmm debaran makin kuat terasa bila saat2 prktikum hampir dekat..so apa lagi gelabah la..bila buka blog ckgu effa terdetik lak dihati utk minta jasa baik ckgu effa utk kongsikan pglman beliau..alhamdllh permintaan sy tidak dihmpa..dilayan dgn memberikan post yg menarik kat blog beliau..bila baca entry baru kat blog cikgu effa mmg rasa suka n syok sgt2 sbb at least dh dpt gmbaran utk prktikum n wat persiapan.. so takde la nerves sgt...hehehe..thanks cikgu effa..wlpun lum kenal secara realiti hanya kenal di alam maya ttp cikgu effa tetap layan sy dgn baik n ikhlas..mmg nmpk kesungguhan beliau..thanks skali lg..huhu..tak tau nk ckp mcm mn..mmg trima kasih sgt2 la..sbb perkongsian tu amat bermakna bg sy krn itu yg sy cari slama nie..akhirnya tercapai gak hajat tue..hehehe..bahagia.. hurmm tp bila pk kan kengkawan len yg nak prktikum sama n masing2 dok post kat Fb dgn pelbagai situasi n prsaan dorg jadi sy pun mintak izin gan cikgu effa utk copy entry beliau n paste kat blog sy..alhmdlh cikgu effa izinkan..smua nie utk sama2 kita kongsikan pglamn berprktikum cikgu effa dan dpt jdkan pnduan utk kita berpraktikum plak... ok kengkawan..selamat berpraktikumm ni di bwah ini merupakan post dr blog cikgu effa tentang penglamn beliau berprkatikum..jom kita ikuti pengalman cikgu effa n ambil smua itu sbg pnduan kita bersama krn byk perkara yg menarik n memberikan idea pd kita...ok sy ucapkan selamat maju jaya kpd smua kwn2 terutama budak2 kaunseling upsi...smoga berjaya menjadi guru kaunseling yg bitara n insyaAllah jg guru cemerlang utk bidang kaunseling..amin3...



Coretan Daripada Blog Cikgu Effa..Hayati Bersama..Mari kwn2..


"Coaching A New GC" - Satu Perkongsian Pengalaman Berpraktikal


KENANGAN AKU KETIKA BERPRAKTIKAL
SENTIASA KEMAS DAN BERGAYA...HEHE

Atas permintaan seorang mahasiswi UPSI yang akan berpraktikal, di sini aku kongsikan pengalaman aku ketika berpraktikal di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban pada 1.3.1999 hinga 24 Mei 1999. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Anuar dan Dr Ahmad Jazimin yang menjadi guru pembimbingku tika itu.
Bagi pandangan aku, pelajar UPSI harus dan boleh melakukan yang terbaik kerana mereka hanya menumpukan kepada bidang major sahaja iaitu Kaunseling. Berbeza dengan aku, pelajar UPM, yang perlu menjalankan latihan mengajar Bahasa Melayu dan pada masa yang sama melaksanakan praktikal Kaunseling. Pendek kata mengajar dan menjalankan sesi serta program kaunseling. Aku akan kongsikan secara ringkas sahaja dan jika ada yang inginkan penjelasan, bolehlah menghubungi aku. Aku juga gabungkan pengalaman aku berpraktikal dan pengalaman menjadi Guru Pembimbing (apa yang tidak disukai)

Petua 1 : Persediaan jasmani
1. Sentiasa berpakaian kemas. Sebagai GBK, kita perlu sentiasa menarik dan berkeyakinan. Tidak perlu baju yang mahal, yang penting penampilan yang sesuai
2. Jaga kesihatan. Jangan sengaja mengambil cuti (mc) ketika berpraktikal.

Petua 2 : Persediaan Emosi
1. Jangan rasa terlalu takut atau terlalu berani. Kawal emosi. Yakin pada diri.
2. Apabila diarah untuk melakukan sesuatu oleh Guru Pembimbing dan pihak sekolah, jangan melawan dan jangan rasa diri dibuli. Kena rasa bangga diri diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu.
3. Kawal emosi dengan pelajar dan guru. Jangan bergaduh, memarahi pelajar (apatah lagi melempang pelajar) atau jatuh cinta dengan pelajar atau guru.

Petua 3 : Persediaan Rohani
1. Mohon agar Allah mudahkan urusan praktikal
2. Banyakkan solat sunat dan mohon pertolongan

Petua 4 : Persediaan Intelek
1. Dapatkan semua bahan yang berkaitan
2. Lakukan perkogsian pintar dengan rakan berpraktikal dari sekolah lain. Usah bergaduh dengan pasangan praktikal anda. Anda seharusnya saling lengkap-melengkapi.
3. Jangan tunjuk pandai dengan Guru Pembimbing. Bagi idea dengan cara yang berhemah
4. Kreatif. Buat sesuatu yang berbeza. Contoh : Buletin Pelajar Praktikal

Petua 5 : Persediaan sosial
1. Pandai menyesuaikan diri di sekolah. Usah jadi kera sumbang. Ingat, anda akan posting kelak, belajarlah bersosial. Memberi salam, menegur dan beramah mesra dengan guru sekolah, tapi janganlah pula terlebih ramah. Bersederhanalah

Petua am :
1. Apabila pelajar datang untuk membuat temujanji, pastikan semua borang yang berkaitan telah diisi. (Elak pelajar ponteng kelas)
2. Kena ambil seberapa banyak peluang untuk belajar. Jangan malu bertanya.
3. Bereskan latihan ilmiah anda, agar tidak menggangu tumpuan pada praktikal
4.Sentiasa berhubung dengan penyelia. Guru Pembimbing hanya membimbing. Penyelia lebih berkuasa terhadap markah praktikal anda. Usah senyap dan buat tidak ambil peduli dengan Penyelia
5. Jangan curi tulang dalam kiraan jam kredit anda menjalankan sesi. Allah Maha Melihat
6. Libatkan diri dalam semua acara sekolah, jika diperlukan seperti Hari Sukan.
7. Jangan berkira tentang duit, tenaga dan masa. Ini sangat penting. Kalau nak pandai, tolonglah jangan berkira dan sentiasa mengharapkan balasan.
8. Tunjukkan anda seorang yang menyenangkan. Anda membawa imej universiti. Usah buat perangai yang memalukan universiti dan pensyarah yang mendidik anda.
9. Ringan tulang membantu Guru Pembimbing melaksanakan program.
10. Sentiasa kreatif. Bagi saya, menjadi GBK perlu kreatif
11. Rakamkan aktiviti dan penglibatan (dokumentasi sangat penting)
12. Jangan tidak hantar Buku Rekod (Latihan Praktikal) kepada sekolah setiap minggu
13. Jaga etika kerahsiaan pelajar. Jika tidak pasti, rujuk Guru Pembimbing.


get from:-http://effarinazone.blogspot.com/

p/s:- trima kasih yg tidak terhingga buat cikgu effa ats perkongsian yg amat berharga ini..jasamu dikenang cikgu effa.. Semoga Allah jua yg membalas segala kebaikan cikgu atas perkongsian ilmu ini..amin3...



so kengkawan tgu apa lagi..ilmu dh ada depan mata..jd sy menyeru diri sy sendiri n kwn2 juga utk amalkan apa yg dikongsikan oleh cikgu effa. smoga ianya akan dpt membantu kita utk menjalani prktikum dgn jayanya..insyaAllah..setiap kesusahan Pasti akan ada Kesenangan.. hargaiLah kesusahan kerana kesusahan mengajar kita erti kehidupan..

InsyaAllah jumpa lagi lain kali dgn entry yg baru plak..insyaAllah sy akn kongsikan pglaman berada di sek selama 3bulan dgn peminat blog mianasuha...tguuuuuuuuuuu... hehehe.. peace N0 War..hehehe..

Saturday, February 20, 2010

..Bertemu & Berpisah Hanya Kerana Allah SWT..





























Assalamualaikum, wahai pembaca budiman, hurmmm dah agak lama sy tidak mencoretkan sesuatu di blog kesayangan sy nie..just buka blog tiap2 hari tp lum ade ilham utk hasilkan entry baru..so apa lg biar bersarang jelah..hehehehe.. tp bile dok belek2 gmbar dlm lptop nie tetiba lak terigt kat UPSI n kengkawan smua..hurmmm maka lahirlah entry bertemu & berpisah hanya krn Allah...insyaAllah.. di sinilah langkahKu bermula utk bergelar guru insyaAllah.. dan di sini jugalah sy mgenali kwn2, sahabat2 dan smua yg mencorakkan kehidupan sy di UPSI dengan penuh keceriaan, pahit manis bersama.. setiap yg bertemu pasti akan berpisah..saat abis taklimat prktikum pd hari jumaat 11/2/2010 maka smua pkat bersalaman dan yg paling sayunye ada yg mengalirkan air mata kesedihan krn terpaksa berpisah dgn rakan-rakan wlpun pgenalan kami tidak lama ttp ukhwan atau ikatan yg terjalin antra satu sma lain menguatkan lagi perhubungan antara kami..keutuhan dlm persahabatan..hurmmm bg sy pun agak sedih n mengalirkan air mata krb terpaksa dgn rakan-rakan dpli n plg sedihnye sbb terpksa berpisah gan housemate, n best frenz 4ever (bff) iaitu azma,wani,zai,zue,k.su n geng2 group kaunseling dpli..hurmmm sedih sgt masa tue..tp apa nak buat kan smua yg bertemu pasti akan berpisah..yg hidup pasti akan mati..smua itu tlh Allah tetapkan..stiap kjadian Allah pastinya ada pasangan masing-masing..tp apa yg pasti hubungan itu xkan terhapus dan tidak dilupakan krn Facebook menjadi penghubung..and still conct each other with FB.. n leh tau pkembangan terbaru kengkawan...urmmm apa-apa pun sy tetap akn mendoakan kesejahteraan rakan-rakan sy..insyaAllah ada masa kelak kita akn bertemu lg insyAllah... cukuplah kot smpai di sini shaja..sbb takde idea dh nak tulis..hehehe..drpd melalut bek stop je..hihihihi..oklah wahai pembaca budiman,insyaallah sy akn update lagi dgn entry terbaru n pkembangan terbaru sy..huhu isnin nie nk p Kuala Terengganu dah..nak praktikum..takutttnyeee..adoiiii...Ya Allah mudahkan segala urusanKu..amin..

Monday, February 8, 2010

..Peluang Untuk Menjadi Guru..KPLI In Take JuN 2010..

Assalamulaikum..dh agak lama rasanya menyepikan diri dari menulis dlm blog kesayangangku ini..urmmm kesibukkan membataskan sy utk menulis di blog ini..tetapi hari ini disebabkan rasa terpanggil utk berkongsi dgn rakan2 lain diluar sna ttg isu peluang menjadi guru maka sy luangkan masa sdkit utk maklumkan pd rakan2 smua yg KPLI ambilan Jun 2010 telah dibuka dan rakan2 smua leh la apply bg yg berminat utk menjadi pendidik ank bangsa.. KPLI open dari hari ini iaitu 8 Feb 2010 hingga 21 Feb 2010..blh membeli num pin KPLI di BSN berhampiran anda.. ambillah peluang utk menjadi guru sekiranya benar2 ingin menjadi guru...smoga impian anda utk menjadi guru akn tercapai..sy doakan rakan2 diluar sna berjaya dlm ujian KPLI nanti insyaAllah.. semoga berjaya.. and jgn penah putus asa.. GuD LuCk.. be the best and beat the rest..

Tuesday, February 2, 2010

..Video Program Integrasi Kerjaya..SMK Sultan Ahmad Tajuddin,Kedah..

Manisnya memori itu untuk dikenang dan akan sentiasa dikenang smpai bila-bila..Ibarat gula yg manis dan sentiasa diingin olh sang semut..hehee. bak kata pepatah org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa..hurmm dh org baik dgn kita kan tentulah budi dan jasa mrk akn slalu dikenang dan menjadi memory yg plg indah dlm hidup ini..perkongsian ilmu dengan adik-adik di SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah pada 22/1/2010 menjadi kenangan manis kerana program yg dianjurkan itu mmg berjaya dan memberikan kepuasan kpd mereka & ibubapa mrk..hurmmm ntah bila la blh wat prgrm kat sna lagi..hurmmm...(tertanya-tanya pd diri)... maklumat kerjaya amat penting bg pljar-pljar tingkatan 5 & 6 kerana dlm tahap ini mrk melihat kpd jurusan atau pengkhususan mn yg plg sesuai dgn mereka mgikut personaliti & minat mrk..pdedahan yg baik ttg maklumat kerjaya melalui aktiviti serta prgm kerjaya spt ini memberikan kepuasan, kegembiraan serta yg plg penting adalah input buat mrk.. diharapkan adik-adik disana mendapt input yg sewajarnya serta dpt menggunakan ilmu-ilmu ttg kerjaya itu dgn sebaik mungkin semasa memilih jurusan untuk melanjutkan pgajian kelak.. ilmu yg baik dan beruntung adalah ilmu yg dikongsikan bersama dgn insan lain..sesuai dgn sabda Rasulullah S.A.W. yg mana sampaikan pesanku walaupun 1 ayat..jelas menunjukkan perkongsian ilmu membuahkan kemanisan serta kemesraan dlm perhubungan..dgn adik-adik disana perkongsian ilmu itu lebih mengeratkan hbgn kakak, abg dengan adik-adik disana... smoga Allah merahmati ukhwah yg terjalin antara kita semoga ianya kekal buat selamanya..abadan abada..insyaAllah..

Tuai padi antara nampak, esok jgn layu-layuan,intai kami antara nampak esok jgn rindu-rinduan...memori itu tidak akan terhapus malah akan sentiasa tersemat disanubariku..



...MaNiSnya PerBuaLaN..


Hati saya berbunga kegembiraan apbila panggilan talipon sy disambut dengan baik oleh kerani Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Kuala Terengganu pada pagi ini. hurmm dh banyak kali call tp akhirnya dpt juga bercakap dgn GPK1 iaitu Puan Rahmah. saya menghubungi beliau atas urusan praktikum yg bakal sy jalani pd 1 Mac kelak. walaupun belum mengenali Puan Rahmah secara dekat tetapi sy dpt merasakan kemesraan yang ditunjukkan oleh Puan Rahmah begitu baik dengan sy...pada perbualan itu juga sy memaklumkan bahawa sy dan rakan sy seorg lagi akn menjadi guru pelatih di sana dlm bhgian kaunseling dan ingin mengesahkan penerimaan pihak sekolah terhadap sy dan rakan sy. alhamdlh sambutan yg baik sy trima drpd pihak sekolah iaitu melalui Puan Rahmah kerana sudi menerima kami sbgai guru praktikum di sana nanti.. dalam keseronokkan itu juga sy sempat bertanya kpd Puan Rahmah ttg situasi sekolah sama ada mempunyai asrama spy kami dpt menumpang di sana semasa prktikum kelak. namun, Puan Rahmah memberitahu bahawa byk rumah sewa sekitar sekolah yang boleh kami sewa hanya perlu dtg dan melihat persekitaran sekolah agar tidak kekok nnt..kata-kata azimat drpd Puan Rahmah itu melegakan sedikit perasaan sy yg selama ini sedikit kcau sbb pening nak cari umah sewa..huhu..alhmdlh Allah tlh mudahkan urusan sy dgn berkat bantuan drpd Puan Rahmah..InsyaAllah sy akan lebih mengenali Puan Rahmah nt bila sampai ke SMK Panji Alam Kuala Terenggan kelak, smoga kami dpt menjalinkan ukhwah dengan lebih lanjut.. insyaAllah..SMK Panji Alam, nantikan kedatanganku dan rakanku Sii Ho Lin ke sana untuk bersama-sama berjuang dengan anda semua...InsyaAllah, kami akan memeriahkan suasana SMK Panji Alam nanti..insyaAllah..UiLoVe..

Monday, January 25, 2010

Bermula Episod Sebagai Guru Pelatih di SMK Panji Alam Kuala Terengganu

SMK PANJI ALAM

KUALA TERENGGANU

21100 KUALA TERENGGANU
Terengganu
Malaysia
09 -6221877


Fuhh...cabaran-cabaran bakal menjengah tak lama lg..huhu..SMK Panji Alam, tggulah kedatanganku ke sana insyaAllah..tak lama lg sy bakal menjadi warga SMK Panji Alam Kuala Terengganu..fuhhh takut pun ada, tak sabar-sabar pun ada, urmmmm mcm2 lah prasaan yg ada dlm diri ini..tp apa yg pasti tak sabar nk menjadi warga pendidik n tak sabar n applied apa yg bljar slama ni utk digunakan masa prktikum nt..mudah-mudahan segalanya bakal berjalan dgn lancar..bak kata En Aziz Yatim gak la kan, tak mudah menjadi kaunselor krn bkn smua org blh menerima bidang tugas kaunselor di sekolah..namun dgn kehadiran kaunselor di sekolah akan memeriahkan suasana persekolahan krn pljar bkn semata-mata belajar dlm bilik darjah malah ada aktiviti luar yg di anjurkan oleh kaunselor utk memastikan pelajar lebih terarah perkembangan pembelajaran n kerjaya mereka. peranan kaunselor & guru-guru juga memainkan peranan penting dlm memastikan keberhasilan usaha dlm membentuk pelajar-pelajar agar seiring dgn matlamat KPM iaitu melahirkan pelajar yg berkembang dr segi JERI dan holistik.. hurmmm, besar tanggjwb sbg guru & tdk hanya tergalas di bahu insan bergelar kaunselor shj tetapi adalah peranan bersama dlm membentuk sahsiah pljar. rasa-rasa, smua rakan-rakan bakal guru sgt2 teruja & bersemangat waja utk menjadi guru bitara dlm mendidik ank bangsa setelah melalui kursus Bina Insan Guru.. byk in -sight yg dperolehi dlm kursus tersebut serta byk menyedarkan kami smua bakal guru tentang peranan masing-masing dlm membantu pljar n bknnya menghukum...jgn mudah mnghukum tetapi selami dahulu permasalahan peljar..ermmm itulah yg dpt dipljr melalui kursus 2hr bersama sifu En Aziz Yatim..U a The Best among the best... semoga semangat yg berkobar-kobar yg diperolehi smasa melalui BIG tempoh hari dpt digunakan sebagai nyalaan api pembakar semangat dlm menempuh alam praktikum nt, insyaAllah.. di dalam mengharungi kehidupan pasti akan ada badai rintangan yg dtg menguji namun bgmana utk mengatasinya itulah yg memerlukan kebijaksanaan emosi,rohani & intelek kita utk menyelesaikannya krn itulah membezakan kita dgn insan lain yg juga mempunyai masalah...hurmmmm,adatlah kan?manusia yg normal pasti akan ada masalah hanya ind yg abnormal je yg takde masalah n tak pk ttg masalah sbb mrk hilang keupayaan dr segi fungsi minda..debaran prktikum makin terasa sbb sek yg sy akn prktikum tue dh ada 5org kaunselor..huhu...ketaqqq babe...hehehehehe...but still under control..hehehe..relaksss....smoga curahan ilmu olh smua pensyarah dpt menjadi pendoman n pnduan dlm menjalani prktikum kelak..insyaAllah... Be The Best & Beat The Rest...UiLoVe...

Sunday, January 24, 2010

..Program Oh Program..

















Alhamdllh, akhirnya prgram yg dirancangkan slamanya berjaya jgk dianjurkan.. wlau ap pun halangan dan rintangan yg mendatang akhirnya prgm yg dirancang berjaya jgk dianjur dgn jayanya.. SMK Sultan Ahmad Tajuddin (SMKSAT), Bandar Baharu, Kedah menjadi penyelamat buat kami kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami ke sana dan smbutan diterima amat baik sekali. ap yg menyeronokkan adalah dpt kluarga angkat dismping menjalankan prgram kami iaitu program Integrasi Kerjaya. feedback yg dtrima drpd adik-adik dsana sgt baik. mrk smua amat seronok dgn prgm yg kami anjurkan itu. apa yg paling seronok adalah ibu bapa mrk juga memberikan sokongan dgn dtg melihat prgrm yg kami anjurkan itu. ada yg dtg dari pg hingga ke ptg dan ada juga dtg waktu ptg shaja. apa-apa pun warga SMKSAT mmg best.. mrk juga amat mharapkan yg prgm spt itu dpt dijalankan lg di sana. mereka amat menyambut baik kdtgan kami dan plg penting adalah adik-adik di sana mdpt input yg berharga tentang kerjaya mereka slps tamat persekolahan nt insyAllah... memori indah di SMKSAT amat berharga dan memori itu sentiasa tersemat di sanubariku...adik-adik SMKSAT, cikgu-ckgu and mak serta ayh angkat amat kami sygi...smgo jalinan ukhwah akn tersemai dan berpnjangan buat slamanya.. insyaAllah..