Wednesday, December 2, 2009

..MeMoRi AidiLaDHa 2009..




..SaLam AiDiLadHa..

assalamualaikum dan salam aidiladha kepada rakan - rakan sekalian. Alhamdulillah dpt jua sy meraikan kemeriahan aidiladha bersama kaum keluarga di Penang.. kemeriahan terasa dengan laungan Tkbir Allahuakbar!!!... rasa gembira & sedih bercampur baur dlm diri ini.. pg yg indah dihiasi dengan solat sunat hari raya aidiladha 2rakaat dan khutbah..saat selesai solat sunat raya diselangi pula dgn khutbah raya.. khutbah raya berkisarkan tentang kebaikan ibadah korban melalui sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Betapa ikhlasnya dan mulianya Nabi Allah Ibrahim kerana sanggup mengorbankan ank tercinta demi mematuhi perintah Allah S.W.T., namun Allah maka berkuasa setiap sesuatu kerana DIA hanya ingin menguji keimanan Nabi Ibrahim maka saat penyembelihan dilakukan terhadap Nabi Ismail maka kuasa Allah mengatasi segala-galanya kerana korban tersebut bertukar kepada seekor KIBAS.. maka bermulalah sejarah ibadah korban yang mempunyai hikmah dan pengertian bagi yang ingin memikirkan tentang hikmahnya... dalam kehidupan kita juga menuntut byk pengorbanan dlm meniti kehidupan yang berjaya di dunia dan di akhirat... misalnya utk berjaya sbg seorang pelajar menuntut kita utk lebih berusaha dgn berkorban masa bersuka-suka dgn kwn2 tanpa arah tujuan... dlm kehidupan kita juga byk risiko yg perlu kita hadapi.. dlm melakukan sesuatu pasti ada risiko disebalik keputusan yg kita ambil... oleh yang demikian, setiap pengorbanan yang dilakukan seharusnya dihargai dengan hati yg ikhlas.. wlpun keihklasan itu ibarat " semut hitam yang meniti di dlm kegelapan"... maknanya insan lain tidak tahu dan tidak nampak segala pengorbanan yg kita lakukan tetapi hanya Allah dan kita yang tahu..jadi itulah yg dinamakan keikhlasan dlm pengorbanan.. Akhir kalam, hargailah setiap pengorbanan yg kita lakukan dan insan lain yg snggup berkorban utk kebahagiaan dan kesejahteraan diri kita.. hargai insan lain dan pastinya insan lain juga akan menghargai kita... kerana hidup ini ibarat putaran roda yang sentiasa berputar tanpa menunggu kita.. kdg kala kita berada di puncak dan ada kalanya dan pastinya kita akan berada dibawah... ibarat hidup yg tidak penah henti dgn pelbagai masalah, suka duka.. namun smua itulah warna kehidupan yang mencorakkan kita menjadi manusia yg lebih matang dlm menjalani kehidupan di dunia yang fana ini... biarlah hidup ini hanya kerana allah kerana pastinya kita akan kembali kepada Ilahi.. kerana DIA lah yg akan kekal abadi.. semoga sambutan aidiladha dan ibadah korban yg kita raikan ini menjadi peringatan buat kita smua.. mudah-mudahan Allah meletakkan hati-hati kita dlm keimanan dan ketakwaan kepada Allah.. semoga sentiasa dlm nikmat iman dan islam..amin...

0 comments: