Friday, December 25, 2009

SaLaM MaaL HijRaH..AMaLaN BuLaN MuHaRRaM..


Assalamualaikum, dah agk lama rasanya sy tdk menulis entry baru dlm blog sy nie...hurmmm ketandusan idea & kesibukan seharian membuatkan sy t'lupa utk mengucapkan SaLaM MaaL HijRaH pada anda smua.. diharapkan sy tdk t'lmbat utk mgucapkan SaLaM MaaL HijRaH.. Sy harapkan kedatangan Tahun Baru ini membuatkan kita lebih bersemangat dan berkobar-kobar utk meneruskan azam baru kan?sememangnya telah menjadi adat n kebiasaan kita utk berazam bende atau perkara baru setiap kali muncul tahun baru kan? tapi tahukan anda apakah yg perlu kita lakukan n amalan yg blhkan dlm bulan muharram ini agr dpt tingkatkan amalan kita pd bulan yg mulia nie.. sy ingin berkongsi dgn anda smua ttg amalan yg blh kita lakukan dlm bulan nie yg mana akn meningkatkan amalan kita disisi ALLAH s.w.t.


.... TINGKATKAN AMALAN DI BULAN MUHARRAM YG MULIA....

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

**Sumber:- http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan.htm

p/s:- Jom kwn2 kita puasa ramai2 pd 10 muharram nt iaitu pd hari ahad nie..Semoga dgn niat puasa krn Allah itu maka Allah akn mengampunkan dosa kita sebelum nie..mudah-mudahan.. IngatLah pesanan Rasulullah s.a.w, sampaikanLaH pesanku walaupun hanya 1 ayat.. maka jadikanlah diri kita sentiasa saling ingat-me'ingatkan diri n kwn2 kita yg sentiasa alpa....

adila_gemini@yahoo.com


0 comments: