Showing posts with label MaWaR MeWangI. Show all posts
Showing posts with label MaWaR MeWangI. Show all posts

Friday, January 1, 2010

~SeLaMat TinggaL MeMori 2009 & SeLaMaT DataNg TaHuN 2010~

Selamat tinggal tahun 2009 & selamat datang tahun 2010. Azam baru bermula, azam lama berkubur dan bermula episod baru bagi tahun 2010 pada hari ini. saat detik jam 12.00mlm kedengaranlah tembakan bunga api memeriahkan awangan pada detik 12mlm menyambut kedatangan tahun baru iaitu 2010. Bermulalah 1 Januari 2010 pada saat itu. hurmmm agak2nya apa azam baru ek thn nie..slalu kdgran bgitu setiap kali tahun baru menjengah kita. saat itu juga berkobar-kobar azam baru kita cipta n dgn semangat waja jgk kita sematkan dihati agar t'capai azam baru itu.maka dgn adanya azam baru secara automatiknya terkuburlah azam lama yg kita bina spjg thn 2009. hurmmm bkn kata,anda shj sy pun stiap kali thn baru mjengah stiap kali itu jugalah azam baru berkobar-kobar dijiwa ni... ermmm tp itu dlulah, skrg ni dh matang sket so takde dah nk azam baru stiap kali thn baru tiba (Tahun Masihi). tp b'tukar kpd doa n azam baru bg thn hijrah plak..tukar stail lak..hehehe..lg syok kali nie rasanya..insyaAllah azam baru yg dibina pd thn hijrah tu akn tercapai..mudah-mudahan..amin.

Tapi kan stiap kali thn baru menjengah, stiap kali itu jgk lah plbgai aktiviti hedonisme dlm klgan pelajar b'laku..smbutan thn baru diraikan dgn meriah n gmbira bg remaja. mrk sggup berkeliaran tnpa tjuan yg baik shingga pulang ke rumah lwat mlm n kdg2 tak blk lgsg.. hurmm maknanya disini, maksiat berleluasala berlaku stiap kali smbutan thn baru diraikan..mmgla tak smbut thn baru pun maksiat dh ada..tp jumlahnya makin rmai la bila ada aktiviti smbutan thn baru nie diadakn..makin bersepahlah ank-anak tdk halal akn lahir sempena thn baru..huh..ini seriusss bak kata wonderpet's la kan..hehehe..tp mmg seriusss pun.. ntahla apa nk jadikan ank2 muda kita..so dimana akan lahirnya "pemuda harapan bangsa,pmudi tiang agama"? hurmm persoalan yg tiada jwpan yg slalu bermain dibenak fikiranku.. namun, sy slalu doakan agr umat islam sentiasa diselamatkan olh allah drpd sgala bencana dan dkuatkan hati utk sntiasa ada nikmat iman n islam..nikmat iman n islam itulah nikmat yg plg besar dlm hidup kita sbg umat islam... seandainya nikmat itu hilang maka hilanglah nikmat yg plg besar dlm hdp kita.. huhuh..membebel lak kan, hurmm sorry ek kwn2 sbb m'bebel kat cni tp klu u all sudi baca, maka baca la ek tp inilah luahan rasa hatiku..rasa sedih melihat ank bangsa yg kian jauh n kian hilang ketamadunan..

Apa-apa pun saya ingin ucapkan selamat tahun baru 2010, semoga impian n azam baru anda utk thn nie akan tercapai.semoga allah permudahkan segala urusan kita hendaknya. tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan daripada Allah s.w.t.. Amin...


"Semoga Allah mengurniakan pelangi pada setiap kegetiran,senyuman pada setiap kesedihan, rahmat pada setiap ujian, kemanisan iman dan jawapan pada setiap doa dan harapan" amin..

..Be a GOOD MUSLIM..


adila_gemini@yahoo.com

Friday, December 25, 2009

~NosTaLgia~





Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

adiLa_geMiNi@yahoo.com

"SiNgKaP PeRisTiwa BuLan MuHaRRaM"
















Andakah anda tahu apa peristiwa menarik tentang Bulan Muharram? Di sini sy ingin berkongsi dgn anda smua ttg peristiwa m'narik yg berlaku dlm bulan muharram dan mengapa bulan ni sgt penting bg umat Islam seluruhnya.
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
**Sumber**http://www.al-azim.com/masjid/muharram/peristiwa.htm


**Jom kita hayati sejenak peristiwa2 yg berlaku pd bulan muharram agr kita mgetahui bahawa pentingnya bulan ini bagi umat islam seluruh agar kita hati-hati kita sentiasa tertaut dgn iman & islam..mudah-mudahan..amin..

"Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati kami ini lemah & lalai maka tautkanlah hati kami dgn tautan iman dan islam..amin..."

SaLaM MaaL HijRaH..AMaLaN BuLaN MuHaRRaM..


Assalamualaikum, dah agk lama rasanya sy tdk menulis entry baru dlm blog sy nie...hurmmm ketandusan idea & kesibukan seharian membuatkan sy t'lupa utk mengucapkan SaLaM MaaL HijRaH pada anda smua.. diharapkan sy tdk t'lmbat utk mgucapkan SaLaM MaaL HijRaH.. Sy harapkan kedatangan Tahun Baru ini membuatkan kita lebih bersemangat dan berkobar-kobar utk meneruskan azam baru kan?sememangnya telah menjadi adat n kebiasaan kita utk berazam bende atau perkara baru setiap kali muncul tahun baru kan? tapi tahukan anda apakah yg perlu kita lakukan n amalan yg blhkan dlm bulan muharram ini agr dpt tingkatkan amalan kita pd bulan yg mulia nie.. sy ingin berkongsi dgn anda smua ttg amalan yg blh kita lakukan dlm bulan nie yg mana akn meningkatkan amalan kita disisi ALLAH s.w.t.


.... TINGKATKAN AMALAN DI BULAN MUHARRAM YG MULIA....

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

**Sumber:- http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan.htm

p/s:- Jom kwn2 kita puasa ramai2 pd 10 muharram nt iaitu pd hari ahad nie..Semoga dgn niat puasa krn Allah itu maka Allah akn mengampunkan dosa kita sebelum nie..mudah-mudahan.. IngatLah pesanan Rasulullah s.a.w, sampaikanLaH pesanku walaupun hanya 1 ayat.. maka jadikanlah diri kita sentiasa saling ingat-me'ingatkan diri n kwn2 kita yg sentiasa alpa....

adila_gemini@yahoo.com


Friday, November 20, 2009

"Mawar Kehidupan"


20 November 2009 (Jumaat)
Wahai Lelaki, Dayusnya Anda Apabila anda Membiarkan.......
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan
mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278)


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :- Ertinya
: "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-'Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 ) itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami..
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kamu termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)....


p/s:-Wahai Pembaca Budiman, ambil masa sejenak utk berfikir adakah laluan dan pilihan kita dalam melalui arena kehidupan ini benar-benar menuju keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T..




19 November 2009

Artis : Lenka
Lagu : Trouble Is A Friend

Trouble will find you
No matter where you go Oh,
oh No matter if you're fast
No matter if you're slow Oh, oh
The eye of the storm
Wanna cry in the morn Oh, oh
You're fine for a while
But you start To lose control
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend Yeah
TroubleIs a friend of mine
AhhTrouble is a friend
But trouble is a foe Oh, oh
And no matter What i feed him
He always seems to grow Oh, oh
He sees what i see
And he knows What i know
Oh, oh So don't forget
As you ease On down my road
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah Trouble Is a friend of mine
So don't be alarmed If he takes you
By the arm I roll down the window
I'm a sucker For his charm
Trouble is a friend
YeahTroubleIs a friend of mine
Ahh How i hate the way
He makes me feel
And how i try
To make him leave I try
Oh, oh, i try
But he's There in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
YeahTrouble Is a friend of mine
So don't be alarmed If he takes you
By the armI roll down the window
I'm a sucker For his charm
Trouble is a friend
YeahTrouble Is a friend of mine AhhOohAhhOoh


** Dalam setiap kehidupan kita pasti tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai masalah hinggakan kita merasakan hidup ini hanya untuk masalah. Namun tanpa kita sedari setiap masalah yg melanda hidup kita selama ini sebenarnya merupakan pengalaman yg amat berharga kita miliki kerana tidak dimiliki oleh orang lain**

~Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tercari-cari ke mana hilangnya matahari. Tetapi rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan kita pelangi yang Indah~




18 November 2009

"Pengalaman Menghasilkan Blog"



Buat pertama kalinya dlm hidupku kini telah mulai mempelajari ilmu baru ttg "diari maya" iaitu membuat blog..hurmmm mula-mula rasa ssh skit la nak menghasilkan blog. Namun, alhamdulillah dgn berkat kebijaksanaan pensyarah yg berkaliber iaitu En Ab Aziz Bin Mohd Yatim (Pengurusan Pelajar) tlh memberikanku inspirasi bg m'hasilkan blog utk kegunaan diri sendiri dan bermatlamatkan perkongsian dengan individu lain. Slama ini sy tdk penah terfikir utk mempunyai blog sendiri. Yeahh,huhu..akhirnya kini sy telah memiliki blog sendiri dan di sinilah permulaannya & insyAllah blog ini akan sentiasa aktif dan berkongsi dgn rakan-rakan sekalian dlm bidang ilmu yg sememangnya tidak akan pernah surut dgn percambahan idea-idea baru melainkan dengan semangat utk trus dan trus belajar dan mengamalkan apa yg telah dipelajari...Yeah, apa yg pasti sy mendapat ilmu yg sgt bermanfaat iaitu menghasilkan blog.. insyAllah blog nie akn slalu dperbaiki dari masa ke masa utk memant0pkan lagi pengisian yg tujuan utk blog ini adalah utk perkongsian bersama... semoga dgn perkongsian ilmu yg sedikit di dlm blog ini akan memberikan manfaat kpd kita smua..InsyaAllah..amin..



"Ya Allah JgnLah EngKau JadiKaN Dunia Ini KeRunsinganKu yg BesaR TETAPI JadiKaNLah Akhirat Itu KeRinDuaNKu yg Abadi" amin..

"Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan upayaKu melainkan pertolonganMU, permudahkanlah segala urusanku baik urusan dunia mahupun akhirat"Amin..